Freedom! Yeah!
Wednesday, 17 October 2012 • 10/17/2012 01:09:00 am •
0 comments
Assalamualaikum :)
Haha. Nampak tak muka happy tu? Hehe..itulah muka budak 'Freedom'. Tepat pada tarikh 15/10/2012 dan masa 3.50 petang,Nur Hidayah Binti Abd Majid telah bebas dari kongkongan penjara iaitu Penilaian Menengah Rendah (PMR). Gembira memang gembira,tapi aku rasa sedih sikit lah sebab aku 'rindu' kan pengawas peperiksaan yang jaga BJ050. Especially,cikgu lelaki yang berkepala separuh botak -..- . Walaupun dia botak,tapi dia 'baik'. Entah lah. Aku tak sure dia baik ke tak. Hari pertama baik lah,tapi hari kedua dia dah tunjuk belang. Hahaha..dia garang sikit tapi berhati baik. Asal aku puji dia ni? *garu kepala*. Okay stop. Meremang bulu roma aku bila puji dia ni. First time aku nampak dia,rupa melayu habis. Bila dengar je dia cakap,terus sentap aku. Muka melayu,tapi suara loghat india. Ha?? Dia ni india ke melayu? Lepas tengok nama dia,Ohh...melayu rupanya -..-
Ada seorang lagi cikgu yang aku rindu. Nama dia,Mariana. Dia pon 2x5 sama dengan cikgu botak tu. Suka sangat pandang slike dekat aku. Asal ha? Muka aku ada macam muka orang nak meniru ke? Aku dah lama insaf kay. Dia ni pon baik jugak kot. Boleh lah..... Tapi dia tak suka senyum. Sombong. Mesti cikgu ni cikgu hot dekat sekolah dia. Budah hot kan sombong :p Hahaha...memandai je aku ni.
Stop cerita pasal diorang. Kang ada jugak aku nangis. Nasib baik aku sempat salam para pengawas peperiksaan. Rasa nak menangis time tu. Apalah aku ni -..-
Hahaha..sebelum tu,aku nak ucapkan "Maap Maap.." . Haha..aku minta maaf sesangat sebab dah lama tak update blog aku yang simple past tense ni. Malas sesanggggaaaatttttt. See? Nampak tidak betapa malas nya aku ni. Nak kata aku malas update sebab study,tak jugak. Sebab aku selalu on twitter. Hehehe. Kalau aku nak update,aku kena ada idea dan mood nak taip. Nak update pasal sebelum PMR pon tak sempat. So,aku story pasal lepas PMR jelah. Janji update kan?! Kalau aku tak update pon,bukan korang nak baca. Aku update ni pon untuk diri sendiri baca. Bila bosan,baca blog sendiri. Sadis kan? Nangis lah untuk aku.
Tapi kan,tapi kan,ada seorang perempuan tu kan sakai. Nak tahu siapa? Namanya Ain. Alah..Ain *gila* tulah. Aku nak terangkan susah. Kalau aku bagitau nama penuh dia,bukan korang kenal pon. Panggil nama panggilan dia tu,baru korang kenal. Masa aku balik lepas habis exam tu kan,tetiba dia panggil aku. Dia panggil, "Hidayah...". So,aku pon pandang lah. Ain sambung, "Kawan kau,Shafiqah mesti bahagia...". Aku terus sentap dan jeling dia. Aku teruskan berjalan dan abaikan dia. Aku tak boleh lah. Aku always teringatkan arwah. Bila dia cakap macam tu,aku terus sedih. Aku teringat yang arwah pernah pinjam buku science aku tahun ni. Dia kan bersemangat nak PMR. Haha..kenangan. Memang takkan pupus. *senyum*
Okaylah..rasanya sampai sini je kot aku story. Ringkas kan? :p Thanks kepada cikgu rusiah yang sudi mengajar aku ringkasan berpuluh kali. Hahaha. Eh,jap jap! Aku nak bagitau ni,1/11/2012 nanti aku pergi Legoland tau! Nak ikut? Tak payah. Haha. Aku akan sambung update lepas pergi Legoland je lah. Bye bye! xD
Freedom is freedom. Yeah. How about Result? Lu pikir lah sendiri
Disclaimer
Copycats are not allowed here.

Hey, welcome to my blog. Do follow, thanks for visit :)
Diary
Profile
Credits To
Big clap for them.
Skin by : Najmi Supian
Picture take from : We Heart It
Linkies code : WANA
Big Helped : Them
ShinChan
Relationship wtih Friends
Ben 10
Who that guys?
Cinderella
Who that girls?
|